"Jangan menyesal yang lalu, Jangan menyimpan yang sudah"

-Wany Ardy-


"Menulis: adalah menghiris halus hati lalu memerah limau membisa ngilu dan bercerita tentangnya satu persatu; bukan sekadar demi kerana semata"

- Fynn Jamal -


"Kalau membaca itu terapi maka, menulis itu jalan keluarnya"

-Chempaka N. A. -

Sunday, April 27, 2014

Kata Orang

Benarlah kata orang,
"hanya satu saat untuk jatuh cinta;
dan selamanya untuk melupakan"

sebab, ke manapun aku pergi,
aku nampak kau dalam setiapnya.



26042014
0027

Tuesday, April 22, 2014

Temanjiwa

Kalau ditanya apa muhuku sekarang
akan ku jawab;
aku mahu kau dan aku bercerita hingga pagi beralaskan kuda besi
berbumbungkan langit malam

Kalau ditanya kenapa senyumku terukir sekarang
akanku jawab;
kau yang memaksaku dari
4273 saat yang lepas dengan hanya satu panggilan

Kalau ditanya siapa ku mahu untuk sekarang dan akan datang
akan ku jawab;
aku nak kau yang dulu dan sekarang
dalam kau yang akan datang

KERANA kau yanag dulu
dan sekarang akan tetap di situ
meminjamkan telinga dan bahu
pada semua:
keluh kesah
tangis tawa
karut marut
suka duka
caci maki aku yang tak pernah sudah

dan kalau ditanya apa boleh aku janjikan
akan ku jawab;
AKU!

ini untuk kau--
yang aku mulakan salam perkenalan
"woi, kau umur berapa ha?"


0137 / 19042014 / BBSentul
KL - MELAKA

HATI

Bukan hati keras
Bukan juga hati batu
Jauh sekali hati kering

Aku cuma 'tak ada' hati--

Jadi kena hati-hati
Takut nanti makan hati
Takut nanti terasa hati
tak terubati

Sendiri sakit hati kan?

--

Pergilah wahai buah hati
Sampai nanti kau kembali
Sukakanlah hati ini
sepenuh hati

Seikhlasnya hati aku
Buat kamu si Lelaki

--------

Hati ini sudah mati
Mahu kau peduli??



27062013
Kuala Lumpur

Tak Suka

Aku tak suka membaca
Aku baca bila aku tak tahu nak buat apa

Aku baca apa yang aku suka sahaja
Aku baca bila aku rasa nak baca

Aku tak suka membaca.


JUN, 2013
Kinokuniya,KLCC

Monday, April 21, 2014

BNK II : Undecided

Bukan aku tak ingin
menghadiahimu sesuatu,
tapi aku tak pernah reti;

Mudah, kalau dibagi aku apa
yang kau mahu dan;
lebih mudah kalau dibagi aku
lima pilihan apa yang kau mahu;

Kalau TAK MAMPU ku belikan yang pertama;
akan ku belikan yang kedua atau;
ku beli terus yang kelima;

Bagikan saja aku tahu apa mahu mu;
Mudah.

Jadi usah ditanya lagi--

"Bila kau nak kawen?"


1740 / 18042014
LRT Sentul

BNK I

Sekali sekala,
masih boleh dijawab

Bila selalu selalu,
mungkin hanya mampu tersenyum

"Bila nk kawen?"

Sungguh, penat!


0051 / 04082013
28 Ramadhan 1434H


**Kalaulah mereka tahu, aku tunggu kau la sengal!

Surat Elektronik Itu

Aku menunggu surat elektronik itu
sejak semalam
sejak hari sebelum semalam
sejak hari-hari sebelum semalam
sejak berhari-hari sebelum semalam

Aku masih menunggu surat elektronik balas itu
sejak bermalam-malam

Masih dan tetap menunggu
dalam lelah kelam yang mencengkam


APRIL,2014

Jangan

Jangan cari aku lagi
Kalau sekadar ingin melukakan hati

Jangan cari aku lagi
Kalau sekadar ingin datang dan pergi

Jangan cari aku lagi
Kalau sekadar ingin cari

19042014

Dulu VS Sekarang

Dulu,
Si celana itu lawa
Si kebaya singkat berkain belah
bersanggul tinggi itu jelita

Sekarang,
Si baju kurung itu cantik
Si baju kurung berselendang itu lebih menarik

Sebab--
Ia rare!


20052013
*Inspired by Janji Jujur Sepi

** Dedikasi buat Teman, Si Peneman bercerita di Pelita, KLCC (2012)

Sunday, April 20, 2014

Siapakah Si Chempaka

-CHEMPAKA-



  • Sisi lain seorang Fatin Nadzirah Alias
  • Lebih selesa meluah rasa dengan mata pena
  • Berkata apa sahaja tentang rasa, cinta, kasih, persahabatan, hidup dan kehidupan
  • Percaya yang setiap apa yang ditulisnya walau bukan hari ini berguna pada dia yang ini,akan tetap berguna pada dia yang itu


Pesan dia pada anda semua:

"Selamat mencari kamu dalam setiap luahan saya, kerana saya masih terus mencari saya dalam setiapnya :)"