"Jangan menyesal yang lalu, Jangan menyimpan yang sudah"

-Wany Ardy-


"Menulis: adalah menghiris halus hati lalu memerah limau membisa ngilu dan bercerita tentangnya satu persatu; bukan sekadar demi kerana semata"

- Fynn Jamal -


"Kalau membaca itu terapi maka, menulis itu jalan keluarnya"

-Chempaka N. A. -

Wednesday, February 17, 2016

Melupakan


Pesanan buat yang ingin melupakan

Buang Dia dari hati kau, kalau tak boleh,

Padam konteknya dari phonebook kau, kalau masih tak boleh,

Putuskan semua tentang dia,
Intagram, Facebook, Twitter, Whatsapp, segala-galanya.

Jangan simpan semua gambar dengannya.
Arkibkan segalanya.
Jangan bercakap tentang dia.

Cipta memori baru
Untuk kau sematanya.

Aku tau kau boleh.

Dan nanti bila hati sudah terisi dia yang baru,
Sayangi dia berpada-pada.









P/S: Kalau nak sayang orang, sayang diri sendiri melebihinya, kalau terlalu sayang, jangan lupa tinggalkan untuk diri sendiri. Hati kau hanya ada satu, kalau hancur semuanya, apa yang tinggal, kalau cuma retak sebahagian, hilang secebihan, masih boleh diubati dan tumbuh kembali. Ingat Tu!

Tuesday, February 16, 2016

RUANG




Tak Menang walau ego melangit
Tak Kalah kalau pun mengalah.


     "Aku bukan ego, jauh sekali mengalah; Aku hanya biar dan bagi ruang kau renung dalam-dalam apa mahumu; Agar hujungnya nanti, kau tak tersepit dan aku tak kecewa."










P/S: Untuk sekali ini je, aku nak kau fikir serasional mungkin, kenapa aku taknak. Jangan pentingkan diri, please..


Monday, February 15, 2016

MASIH


+ Kau masih sayang dia?

- Masih.

+ Kau berhak yang lebih baik

- Aku tau.

+ Kalau dia yang terbaik untukmu, kau mahu?

- Itu rahsia Dia.
  Tapi kalau diberi pilihan.....



[220915]





P/S: terjumpa di celahan kertas yang menimbun, tak tau pasal siapa dan kenapa.

Sunday, February 14, 2016

Memberi

.
.
.
.
.
Bila ku ulang imbas kisah aku dan kau,
Terlalu banyak kau memberi dan aku hanya menerima,
Tetap juga kau menjauh dan tanpa aku rasa apa-apa,
Ralat tidak, terkilan tidak.

Dalam terlalu acap kau memberi
Masih juga kau tegar menjauh
Ralat tidak, terkilan tidak.

Sekali sekali ada kau menghampiri
namun tetap tanpa rasa
Persis lelaki mabuk dijalanan pada kupu-kupu malam pelayan kelas atasan.

Kau mungkin regular customer.









P/S: Ini bukan kisah perempuan di Jalan Alor

Tuesday, February 9, 2016

Di mana -mana

.
.
.
.
.

Nafas ditarik sedalamnya, hembus. Begitu ku ulang tiga kali. Alhamdulillah.

Punat PC ku tekan, banyak kes yang belum selesai untuk dibelek tengok. Orang kita hari ini makin pandai atau makin sombong, segalanya berlagak mempertahankan hak, konon teraniya. Baru kes sebegini kecil, err atau mungkin separa besar, kecohnya seperti ayam bertelurkan dinasour. Ah, ku bilang orang, entah bila sendiri alami, lagi teruk ku adu.

Emel dijenguk dulu, terus di balas satu-satu.

Tanpa sengaja, mata terpandangkan, "LONDON"! Terlekat di tepi kiri 'casing' komputer. Tak pernah lupa membelikan sesuatu pada kami tiap kali ke luar negara. Sambil menaip emel balasan minda terbang entah ke mana-mana. Menelusuri waktu kita selalu bersama. Di waktu aku bayar makan dan kau belanja menonton wayang. Di saat aku pilih tempat makan dan akhirnya kau habiskan semua lebihan. Di saat kau hantar aku pulang tak kira bila waktunya dan pastikan aku benar-benar telah sampai,selamat. Aku rindu rupanya, waktu dalam ramai orang di sibuk klcc, kau tahu aku kat mana.

Aku masih menaip, pasang 'headphone' di telinga dan lagu kuputarkan. Biar fokus melayang tadi terganggu. Kupandang ke kanan, oh tidak! itu gambar yang kau kirimkan saat kau jejak kaki di tempat yang paling aku impikan, kau tahu itu. Ku alihkan mata pada gambar kita bertujuh dan setiap kalinya kau disebelahku. Setiap kalinya yang lain berkecil hati bila kau lebihkan aku daripada mereka. Apa sahaja. Sungguh, itu semua akan terpahat sebagai memori indah yang tiada gantinya.

Laci aku tarik, 'pouch' syiling aku buka kerana perlu pulangkan duit kek RM11.40. Hmm, mengeluh. Keychain LONDON berbentuk kunci di dalamnya aku ambil. Ini kau beri sebagai tanda ingatan ketika lawatan kerja kau ke London selama dua minggu. Kata kau, hanya ini yang mampu. Aku senyum.

Hari berlalu, masih diasak rasa yang bercampur. Tet Tet! Whatsapp daripada kau dengan ucapan terima kasih. Kata kau, banyak lagi persoalan tapi tidak mahu mengganggu aku dalam masa sekarang. Jawabku, kita emel sahaja. Itu impian kita berdua sejak 1000 hari yang lalu.

Hmm.Mengeluh lagi. Aku harap rasa ini rindu. Aku tidak betah hanya aku yang mulakan, itu bukan aku. Tak apa, kali ini apa salah aku mengalah, sedikit. Dan setiap kali itu, berasak-asak ragu-ragu dan telahan macam-macam berselirat. Jangan seperti 600 hari dahulu. Aku tak tahu aku mampu bangkit semula atau tidak. Kan bagus, kalau kau buatkan aku berasa ingin terbang. Bukan terdampar tanpa usaha.

Harapnya, malam ini lebih tenang dari semalam. Petang-petang begini, bertabahlah melawan sesak jalan raya kuala lumpur yang tak berkesudahan ini. Sebab itu, aku lebih selesa menggunakan MEX, biar mahal sedikit tol nya. Sampai di pondok tambah nilai, aku buka dompet, terselit dompet kecil yang biasa ku simpan segala kad. Ah, hari ini, beli air pun pakai kad, beli sabun buku pun pakai kad. Kutip points katanya. Tak tau sama ada itu hanya marketing strategi, atau kebanggaan orang bandar atau memang kemudahan. Atau mungkin lambang urbanisasi dan hipster, kata anak-anak muda. Abaikan yang itu, dompet kecil hijau bercorak gajah itu yang aku kisahkan sekarang, yang kau beri sebelum kau terbang dahulu. Itu kau beli ketika ke Cambodia, yang sepatutnya aku juga ikut tapi mama abah masih belum melepaskan aku berjalan sendiri. Kata kau, ini tanda kenangan untuk tidak lupa kau.

Malam ini, aku sendiri lagi.

Tekak terasa mahukan Piefle custard, trifle separa pie. Apa sahaja la asalkan lalu di tekak. Perlahan seorang aku turun ke dapur, laci-laci yang menempatkan semua alatan 'membakar' dibelek, bimbang banyak yang tamat tempoh. Sudah lama oven tidak panas. Dan malam ini, aku biarkan oven tak berpanas. Layer bawahnya cukup disejuk di peti. Cuma aku yang mahu makan. apa sahaja lah

Seperti kebiasaan, aku lebih senang berapron bila di dapur hatta membasuh pinggan sekalipun, dan sebab itu lah memang aku ada beberapa apronku sendiri di dapur. Mungkin aku jarang memasak, bila sekali sekali di dapur, biar 'all out' kata orang.haha.

Tepung Kastard - Checked
Mentega - Checked
Digestive cookies - checked
Cocktail - Checked
Castor sugar - Checked

Lebihan coklat entah siapa yang punya, boleh aku cairkan dan tuang atas lapisan biskut yang dah disejukkan. Oh, apron! Almari bawah aku buka dan tarik apron yang paling atas. Apron putih dihiasi resepi dalam bahasa Perancis. Kau hadiahkan suatu ketika itu. Tak banyak yang kau beli sebagai cenderamata. Kata kau, ini dari Paris Kota Cinta, selamat menjadi teman wanita mithali. Sambil senyum, aku ikat talinya ke pinggang. Adunan kastard aku kacau dengan api perlahan, biar tidak berketul. Tutup api, kastard dicurah perlahan kemudian, disejukkan sekali lagi.

Masih apron di badan. Jus honey dew yang telah aku siapkan semalam dituang ke dalam gelas coca-cola hadiah percuma Mcdonald beberapa tahun sudah. Jam sudah lewat, mata masih segar. Gelas tadi aku bawa naik ke atas, laptop dibuka. Browser sudah tertera Youtube. Cepat sahaja tangan menaip Cinta Terbelah Di Langit Amerika. Lagu demi lagu aku mainkan, dari Kekal Bahagia hingga ke My Baby You, terus ke A Thousand Years. Juga Situasi nyanyian Bunkface dan Laguku Untukmu oleh Meet Uncle Hussin. Terus memori terarah ke waktu kali pertama kau bawa aku 'jamming'. Ajarkan aku cara petik gitar. I'm Yours lagu pertama kita habiskan suara.Rindu.

Sliding aku buka seluasnya, biarkan angin malam masuk. Telinga masih disumbat 'earphone', lalu aku rebahkan badan ke beanbag dengan harapan, bila bangun esok pagi, ada sinar matahari yang indah.

Aku sudah biasa terus mandi bila bangkit pagi. Kalau tidak, hancur sehari aku. Selesai rutin pagi hujung minggu, makan sekadarnya. Aku belek surat khabar halaman demi halaman, hari ini ada artikel restoran hipster yang menyajikan kopi dengan limpahan biskut dan aiskrim. Nampak menyelerakan. Tanpa berfikir panjang, aku berlari untuk bersiap. Cepat-cepat ku sarung Jeans yang tergantung, tshirt paling atas juga aku capai terus sarung ke badan. Juga Cardigan. Shawl cotton rona coklat dililit ala kadar. Purse, cermin mata, handphone, kunci kereta. Langkah diatur terus ke kereta. Destinasi petang ini, Kedai aiskrim. Petang ini, aku ke kedai ais krim yang pernah kau bawa aku dan ketika itu, entah kereta siapa kau pinjam. Dan petang ini juga, aku makan aiskrim yang sama kau belikan dulu. Tanpa aku sedari, t shirt Hard Rock Cafe  yang aku pakai tanpa sengaja, seperti juga tanpa sengaja kita pakai tshirt Hard Rock Cafe berberapa kali bila bertemu, cuma berlainan lokasi. Sampaikan kita termalu dengan mereka yang lalu lalang walau tiada siapa yang hirau, baju sama bukan kegemaran kita. Leka aku melayan kenangan lalu seorang diri, aiskrim vanila tertumpah ke jeans biru bersaiz 26. Ini kau hadiahkan sempena gaji pertama dahulu. Aku hanya tengok-tengok ketika itu, menimbang tara untuk beli atau tidak. Terus kau ambil dan hulurkan pada promoter bertugas. Kau bayar dan hulurkan pada aku. Warnanya masih begini, tidak luntur dan masih selesa dipakai hari-hari.

Aku tidak betah berlama di sini. Terus ke kereta, enjin dihidupkan. Destinasi seterusnya, balik. Dan sekali lagi, kereta aku belok ke kiri, terus membuat pesanan 'drive-tru', Sundae strawberry. Ya, kali ini sepastinya. Aku harus terus balik. Tidak menyinggah lagi. Entah kenapa, aku tetap membuat pusingan U dan belok ke kiri di simpang berikutnya. Tak apalah, detik hati. Habiskan RM10 untuk upah cuci kereta luar dan dalam, apalah sangat. Menjadi kegemaran kita juga dulu-dulu, makan di kedai paling hampir dengan tempat cuci kereta. 2 dalam 1 kata kau.

Jam menginjak ke lewat petang, hari ini berlalu begitu sahaja.

Malam ini cadangku, mengemas barang-barang di bilik. Mungkin ada yang sudah boleh dilelong, dibuang atau disedekah pada yang perlu. Kotak merah aku tarik dari bawah katil, tengok tengok apa ada di dalam. Semuanya keychain dan bag kecik serta segala bagai cenderamata aku beli ketika berjalan dengan teman teman. Eh, beg syiling gambar gajah? Kenapa ada dua? Oh, hampir aku lupa. Satu ini kau hadiahkan ketika kau backpacker ke Thailand beribu hari yang lepas.

Seperti dari awalnya, kau ada di mana mana. Dan aku masih tidak tahu apa mahuku.

Yang pasti, beberapa ratus hari lagi. Akan ku jejak tempat kau siat hatiku satu persatu dan di tempat terpaling kau kagumi, akan aku biarkan dia hancurkan hati kau semahunya.Sepertimana terhancurnya hati kau.












P/S: Mengantuk. Terima kasih atas semua kata-kata indah dan doa juga hadiah in advance untuk ulangtahun hampir tiga dekad ini. 

Thursday, February 4, 2016

Mencari

.
.
.
.
.

Dara :

"Bukan kah sudah ku bilang seperti 600 hari yang dulu, jangan datang kalau sekadar ingin datang! --
Kalau pilihan 600 hari lalu dengan sandaran minda, kali ini juga mungkin begitu --
Hati aku biar aku sendiri uruskan."


Uda :

"Itukan sudah berlalu--
Aku tak mau fikirkan kalau masa boleh diputar kerana ianya mustahil--
Ini masalah hati, aku faham--
Kita mampu harungi, segalanya kan baik-baik sahaja."


Jaka :

"Maaf untuk segalanya--
Yang berlalu biarkan berlalu dan kita buka cerita baru--
Hati ini pernah terisi kamu dan ianya untuk kamu--"



Gadis :

"Bila aku hadir di waktunya--
Dan kau selesa dengannya--
Percaya aku letakkan dan jangan kau nodai--"



" Di antara berjuta-juta bintang; hanya satu bintang yang paling terang; di antara berjuta-juta orang; hanya kamu yang paling aku sayang "
-Tetap Diriku-

" Tidakkan pernah terlintas di fikiranmu; waktu kau senang benar untuk melepaskan; sakit ini hanya aku yang rasa sayu; kacau bilau meracau sakit hati ini"
-Rahsia-

" Ku telah melupakan dirinya; Ku telah benar-benar melepaskan; kini aku hanya ada kamu; mengertilah cintaku"
-Kekal Bahagia-







P/S: Sehingga hari ini aku masih menunggu kata tak mungkin dari mu juga sesuatu ingin ku pegang dari mu jua,hati libang libu. Semoga jalan keluar nanti adalah yang terbaik.