"Jangan menyesal yang lalu, Jangan menyimpan yang sudah"

-Wany Ardy-


"Menulis: adalah menghiris halus hati lalu memerah limau membisa ngilu dan bercerita tentangnya satu persatu; bukan sekadar demi kerana semata"

- Fynn Jamal -


"Kalau membaca itu terapi maka, menulis itu jalan keluarnya"

-Chempaka N. A. -

Tuesday, September 30, 2014

MAAF

(i)
Maaf pada Tuhan yang paling Ultimate,
Maaf pada mama abah yang paling besar,
dan
Maaf pada diri sendiri yang paling payah;

Ego within diri sendiri yang paling sukar terubati.

Dear me,

Maaf--


** Ini untuk #puisimaafcontest by awan_biru dekat instagram tapi tak sempat nak join because bila dah 12.30 baru macam "oh damn,contest!". Rugi tak ada peluang dapat Zine percuma.

(ii)
Walau jalan beriring, senyum masih pahit
Walau makan bertentang, lidah masih kelat
Walau tawa gelak riang, hati masih gundah

Dear me,

Maaf--

Bahagia kali ini bukan milik kita.
Kita cuba lagi nanti ya :)



30092014
10.40pm
Kedai Makan, Bandar Baru Sentul

Sunday, September 21, 2014

Angan & Sedar


Simpanlah angan walau setinggi langit;
tapi jangan sampai hangit.
Biarkan ia jatuh;
terus ke bumi dan tumbuh;
biar riuh;
penuh dan kukuh;

Dan bila sedar engkau dari angan;
angan bukan hanya impian;
tapi kenyataan;
manis dan mengasyikkan.

Jangan kau simpan sampai hangit.

kerana antara angan dan sedar;
Cuma ada mimpi.



22092014
7.57am
KTM Subang Jaya-KL Sentral

*Untuk dia - mimpi aku sudah hampir penghujungnya :)