"Jangan menyesal yang lalu, Jangan menyimpan yang sudah"

-Wany Ardy-


"Menulis: adalah menghiris halus hati lalu memerah limau membisa ngilu dan bercerita tentangnya satu persatu; bukan sekadar demi kerana semata"

- Fynn Jamal -


"Kalau membaca itu terapi maka, menulis itu jalan keluarnya"

-Chempaka N. A. -

Sunday, September 21, 2014

Angan & Sedar


Simpanlah angan walau setinggi langit;
tapi jangan sampai hangit.
Biarkan ia jatuh;
terus ke bumi dan tumbuh;
biar riuh;
penuh dan kukuh;

Dan bila sedar engkau dari angan;
angan bukan hanya impian;
tapi kenyataan;
manis dan mengasyikkan.

Jangan kau simpan sampai hangit.

kerana antara angan dan sedar;
Cuma ada mimpi.



22092014
7.57am
KTM Subang Jaya-KL Sentral

*Untuk dia - mimpi aku sudah hampir penghujungnya :)

No comments:

Post a Comment