"Jangan menyesal yang lalu, Jangan menyimpan yang sudah"

-Wany Ardy-


"Menulis: adalah menghiris halus hati lalu memerah limau membisa ngilu dan bercerita tentangnya satu persatu; bukan sekadar demi kerana semata"

- Fynn Jamal -


"Kalau membaca itu terapi maka, menulis itu jalan keluarnya"

-Chempaka N. A. -

Sunday, November 30, 2014

Pekik Sepi

Hilai tawa girang anak kecil berlarian;
Tiada satu gusar terpancar di wajah
setiap satunya

Di hujung sana,
Si peraih ikan menolak kotak ikan
yang penuh berisi;
Mulut tanpa henti
menjerit "tepi..tepi!!"

Si penjual buah cuba menarik
perhatian yang lalu lalang,
"singgah kak, beli bang"

Aku terus berjalan
sambil menoleh kiri kanan

Tiga ekor kucing berkerumun;
Barangkali pada ikan busuk yang dicampak peraih

Aku terus berjalan,
Terdengar riuh rendah pembeli
menawar harga;
Anak kecil merengek
minta dibelikan itu ini.

Benar.
Jalan ini tak pernah sepi;
Pengunjung datang dan pergi.

lalu aku terus melangkah
berharap bising pekik ini
menutup sepi di hati.


23112014
1552
PH

Tuesday, November 11, 2014

Perempuan Itu

(i)

Perempuan itu
rokok di tangan;
Kau cemuh.

Seluarnya ketat
dengan selendang hanya di atas dada;
Kau kutuk.

Duduknya dengan si jejaka
bertepuk tampar;
Kau hina.

Macamkan kau itu mulia tanpa cela-

Wednesday, October 29, 2014

INTROVERT


Diam bukan beerti malu
Tunduk bukan beerti takut

Aku cuma simpan bising aku pada yang perlu
Dongak pada yang patut

Sebab dunia hari ini kejam
Umpat caci merata-rata.

|1931|
|17102014
KTM Komuter KL Sentral - Subang Jaya

** Tulisan ini pada mulanya untuk contest by awanbiru di Instagram, kemudian aku tukar fikiran.
     Rasa introvert tiba-tiba untuk siarkan buat tatapan semua.

Ya, aku introvert pada tempat dan waktunya,

Wednesday, October 22, 2014

Silent Reader


Tiap susun atur kata kau pilih,
Tiap baris ayat kau tulis;
Kadang meluahkan yang terpendam,
Kadang memujuk yang merajuk;
Mungkin juga berkongsi rasa duka,
Mungkin juga bermain kata cinta.

Lalu aku curi masa mengintai,
Lalu aku setia membaca dalam diam;

Kerana dalam setiap katanya itu,
ada rasa;
Kerana dalam madah tersusun itu,
ada bisa;

Rasa yang mungkin bicaranya tak dikongsi,
Bisa yang mungkin lukanya tak ditunjuk.

Atas sebab apa kenapa yang hanya dia tahu,
Namun tetap sentuh setiap hatinya dari kamu;

.
.
.
.
.
.
.
Maka, aku antara peminat dalam diamnya-
Diam bukan bisu tak berperasaan;
Tapi diam membiar mada terus berkongsi.



|17102014| |2120 - 2323|
|Kota Bharu, Kelantan :: Putra Heights, Selangor|

*With sparring partner yang ohsem , Aisyah Rosedi


Tuesday, October 7, 2014

CONTEST BUKU PERCUMA

By @ameerulsyafiq at his Intagram.

We have to re-post any if his Typewriter poem and write a reply to it.

So i chose Typewriter poem #45:






Here's my reply:

We are thousand miles apart
Living in different part
(of the earth);

No more random coffee sessions
With colorful thoughts and impressions
But we still smell
to the same latte with caramel

We are thousand miles apart
You are always in my heart.

**To my dear cousin who are now in Brighton, miss u dear!


This poem has been read by many and re-post my some. Alhamdulillah Mr. Am chose me as a winner :)

Tuesday, September 30, 2014

MAAF

(i)
Maaf pada Tuhan yang paling Ultimate,
Maaf pada mama abah yang paling besar,
dan
Maaf pada diri sendiri yang paling payah;

Ego within diri sendiri yang paling sukar terubati.

Dear me,

Maaf--


** Ini untuk #puisimaafcontest by awan_biru dekat instagram tapi tak sempat nak join because bila dah 12.30 baru macam "oh damn,contest!". Rugi tak ada peluang dapat Zine percuma.

(ii)
Walau jalan beriring, senyum masih pahit
Walau makan bertentang, lidah masih kelat
Walau tawa gelak riang, hati masih gundah

Dear me,

Maaf--

Bahagia kali ini bukan milik kita.
Kita cuba lagi nanti ya :)



30092014
10.40pm
Kedai Makan, Bandar Baru Sentul

Sunday, September 21, 2014

Angan & Sedar


Simpanlah angan walau setinggi langit;
tapi jangan sampai hangit.
Biarkan ia jatuh;
terus ke bumi dan tumbuh;
biar riuh;
penuh dan kukuh;

Dan bila sedar engkau dari angan;
angan bukan hanya impian;
tapi kenyataan;
manis dan mengasyikkan.

Jangan kau simpan sampai hangit.

kerana antara angan dan sedar;
Cuma ada mimpi.



22092014
7.57am
KTM Subang Jaya-KL Sentral

*Untuk dia - mimpi aku sudah hampir penghujungnya :)

Wednesday, June 25, 2014

Please

Please others;
If you want them to please you as well.

Please His creations;
If you want His blessing in His world.


Monday, June 9, 2014

HILANG PADAM CORRUPTED

Chempaka sudah hilang kata-kata

Banyak yang dicoret tulis di sini hasil apa aku rasa pada tak kira bila dan di mana

Kebanyakkannya aku zahirkan di Note Smartphoneku

dan bila softwarenya corrupted, yang paling aku kesalkan...

Tulisan tulisan aku.

Tidak semua sudah aku ulang tulis di sini atau di buku nota hitam aku
terutama yang bersifat peribadi, yang aku senang untuk aku sahaja.

Ralat!

Sangat ralat!

lebih-lebih lagi yang bernota kaki..

"Sungguh aku rindu"
[KL - Langkawi]

Wednesday, May 28, 2014

Janji Jatuh

Aku tak janji bintang kejora
untuk tiap-tiap malam kau dan aku

Aku tak janji angin lembut membayu
di setiap siang kau dan aku

Aku tak janji duit ringgit tertimbun
tak terbelanja
hanya untuk kau dan aku

Aku tak janji perhiasan penuh di gerobok
setiap kamar indah kau dan aku

Aku tak janji wajah indah tanpa cela sampai tua

yang pasti--

Aku janji untuk berkali-kali
jatuh cinta pada kau
seperti saatnya dulu
di pertama kali hatiku tahu
Aku cinta padamu



18052014
0244

Friday, May 16, 2014

Sesekali

From Google



Payah nak disenangkan hati semua
Payah nak disukakan hati semua

Kalau kau ada yang kau mahu,
Aku juga ada

Sekali sekala, bagilah aku rasa apa mahuku.

Friday, May 9, 2014

Cuba Kau Toleh

Mata ini seakan tak mampu celik,
berat!
Aku rasa tidurku cukup dan lena.
Kenapa masih kuap?

------

sepertinya juga engkau,
yang tak pernah nampak aku
Meski sebaiknya aku siapkan.

kan?

apa kata, sesekali kau toleh
dan tenung ke mata aku,
manalah tahu, kau jumpa sesuatu yang tak ada pada yang lain.

Dan waktu itu,
mata aku tak akan pernah berat lagi,
kerana kau bukan lagi hanya mimpi :)

Sunday, April 27, 2014

Kata Orang

Benarlah kata orang,
"hanya satu saat untuk jatuh cinta;
dan selamanya untuk melupakan"

sebab, ke manapun aku pergi,
aku nampak kau dalam setiapnya.



26042014
0027

Tuesday, April 22, 2014

Temanjiwa

Kalau ditanya apa muhuku sekarang
akan ku jawab;
aku mahu kau dan aku bercerita hingga pagi beralaskan kuda besi
berbumbungkan langit malam

Kalau ditanya kenapa senyumku terukir sekarang
akanku jawab;
kau yang memaksaku dari
4273 saat yang lepas dengan hanya satu panggilan

Kalau ditanya siapa ku mahu untuk sekarang dan akan datang
akan ku jawab;
aku nak kau yang dulu dan sekarang
dalam kau yang akan datang

KERANA kau yanag dulu
dan sekarang akan tetap di situ
meminjamkan telinga dan bahu
pada semua:
keluh kesah
tangis tawa
karut marut
suka duka
caci maki aku yang tak pernah sudah

dan kalau ditanya apa boleh aku janjikan
akan ku jawab;
AKU!

ini untuk kau--
yang aku mulakan salam perkenalan
"woi, kau umur berapa ha?"


0137 / 19042014 / BBSentul
KL - MELAKA

HATI

Bukan hati keras
Bukan juga hati batu
Jauh sekali hati kering

Aku cuma 'tak ada' hati--

Jadi kena hati-hati
Takut nanti makan hati
Takut nanti terasa hati
tak terubati

Sendiri sakit hati kan?

--

Pergilah wahai buah hati
Sampai nanti kau kembali
Sukakanlah hati ini
sepenuh hati

Seikhlasnya hati aku
Buat kamu si Lelaki

--------

Hati ini sudah mati
Mahu kau peduli??



27062013
Kuala Lumpur

Tak Suka

Aku tak suka membaca
Aku baca bila aku tak tahu nak buat apa

Aku baca apa yang aku suka sahaja
Aku baca bila aku rasa nak baca

Aku tak suka membaca.


JUN, 2013
Kinokuniya,KLCC

Monday, April 21, 2014

BNK II : Undecided

Bukan aku tak ingin
menghadiahimu sesuatu,
tapi aku tak pernah reti;

Mudah, kalau dibagi aku apa
yang kau mahu dan;
lebih mudah kalau dibagi aku
lima pilihan apa yang kau mahu;

Kalau TAK MAMPU ku belikan yang pertama;
akan ku belikan yang kedua atau;
ku beli terus yang kelima;

Bagikan saja aku tahu apa mahu mu;
Mudah.

Jadi usah ditanya lagi--

"Bila kau nak kawen?"


1740 / 18042014
LRT Sentul

BNK I

Sekali sekala,
masih boleh dijawab

Bila selalu selalu,
mungkin hanya mampu tersenyum

"Bila nk kawen?"

Sungguh, penat!


0051 / 04082013
28 Ramadhan 1434H


**Kalaulah mereka tahu, aku tunggu kau la sengal!

Surat Elektronik Itu

Aku menunggu surat elektronik itu
sejak semalam
sejak hari sebelum semalam
sejak hari-hari sebelum semalam
sejak berhari-hari sebelum semalam

Aku masih menunggu surat elektronik balas itu
sejak bermalam-malam

Masih dan tetap menunggu
dalam lelah kelam yang mencengkam


APRIL,2014

Jangan

Jangan cari aku lagi
Kalau sekadar ingin melukakan hati

Jangan cari aku lagi
Kalau sekadar ingin datang dan pergi

Jangan cari aku lagi
Kalau sekadar ingin cari

19042014

Dulu VS Sekarang

Dulu,
Si celana itu lawa
Si kebaya singkat berkain belah
bersanggul tinggi itu jelita

Sekarang,
Si baju kurung itu cantik
Si baju kurung berselendang itu lebih menarik

Sebab--
Ia rare!


20052013
*Inspired by Janji Jujur Sepi

** Dedikasi buat Teman, Si Peneman bercerita di Pelita, KLCC (2012)

Sunday, April 20, 2014

Siapakah Si Chempaka

-CHEMPAKA-



  • Sisi lain seorang Fatin Nadzirah Alias
  • Lebih selesa meluah rasa dengan mata pena
  • Berkata apa sahaja tentang rasa, cinta, kasih, persahabatan, hidup dan kehidupan
  • Percaya yang setiap apa yang ditulisnya walau bukan hari ini berguna pada dia yang ini,akan tetap berguna pada dia yang itu


Pesan dia pada anda semua:

"Selamat mencari kamu dalam setiap luahan saya, kerana saya masih terus mencari saya dalam setiapnya :)"