"Jangan menyesal yang lalu, Jangan menyimpan yang sudah"

-Wany Ardy-


"Menulis: adalah menghiris halus hati lalu memerah limau membisa ngilu dan bercerita tentangnya satu persatu; bukan sekadar demi kerana semata"

- Fynn Jamal -


"Kalau membaca itu terapi maka, menulis itu jalan keluarnya"

-Chempaka N. A. -

Monday, December 14, 2015

Teaser : Masih Tanpa Tajuk




Google


- Sekeras hati lelaki; keras lagi hati perempuan- 

To you, whom you know who you are,
"It" was there and still there since three years ago.

Shall we create our own story?

Sincerely,
Your Gemok <3


google
No even one word that i can hold onto,
It was not easy to let "it" go since three years ago.

And yes, shall we?

Sincerely,
Your Hati Batu <3


Harapnya di waktu begini, kawan-kawan mereka sudah tidur. Kalau tidak, pasti handphone mereka tak berhenti berbunyi dengan notification instagram. Damn. 

Tuesday, September 22, 2015

Armando & Maria



" Melepaskanmu terbang jauh bukan mudah bagiku,
Tapi aku tahu, Cinta tak semestinya memiliki"

- Maria -

" Terima Kasih atas kasihmu, sayang.
Maafkan aku, tiada niat melukakanmu,
Tapi aku tak mampu"

- Armando -

"Bersua setiap kalinya seperti tiada apa apa, sangatlah sukar.
Mujur masik berpijak di bumi yang nyata"

-Maria-

"Susah untukku jua,
Namun aku harap kau faham.
Aku tak mahu kau terluka lebih teruk"

-Armando-

"Aku doakan kau jumpa dengan yang terbaik bagimu.
Aku harap dia tidak mensia-siakanmu"

-Maria-


"Aku tahu aku tak mampu,
tapi aku tak ingin kau menjauh"

-Armando-

"Jangan begitu, aku akan lebih siksa kalau kau hanya datang dan pergi"

-Maria-

"Sentiasalah ingt satu hal,
walau bila dan di mana, aku masih di sini.
Untuk kau seperti selalunya"

-Armando-

"Biarkan kita hanya begini.
Silap aku yang cuba rosakkan janji dahulu"

-Maria-


"Usah begitu, aku tahu kita mampu harungi"

-Armando-



"Kalau ini ketentuanMU, tiada daya kami untuk menghalang.
Senyum di bibir ini belum tentu begitu jua di hati.
Aku Sayang Kamu"

-Armando & Maria-








P/S: "Kau selfish Armando!" -Chempaka-

Thursday, September 17, 2015

Feedback


Bila ditanya pada Chingu sepuluh yang paling digemari dan terusik di hati mereka




Terima kasih Gee & Ajet. :)


Thursday, September 3, 2015

Tiada Tajuk Lagi

.
.
.
Aku hilang kata
Tak tau la sebab masa yang terbatas
atau memang hilang rasa.

Bersabar ya,
Kalau Tuhan ilhamkan nanti,
Tak kira di mana, bila, dan tentang apapun;
Akan ku kongsi,
waima di jamban cangkung sekalipun.

hahaha.


- "aku belum sampai tahap, tulis KUSUT secara menegak dengan tajuk entri Bila Hati Mengatakan Tidak",      HAHAHAHA

+ "ah, tulisan aku, suka hati aku lah"

- "itu budget puitis namanya"

+ "dan sekali lagi, kau tak suka mungkin ada lain yang suka, faham!?"






P/S: Eh, lupa.
       Congratulation to my dear friend, Hasan Sulaiman on your convocation yesterday and my dear future cousin-in-law, Esqandar Zulqarnain who will attend today's session. Untungla,dah ada masters degree.

Wednesday, August 5, 2015

Tiada Tajuk 3





Terlalu indah bila kau disisi
Hidup ini bagaikan penuh terisi
Warnai carik-carik perjalanan ini

Wednesday, July 22, 2015

Tiada Tajuk 2

.
.
.
.
 " i know"...

Buatkan bukan sekala tapi berkala-kala  cuba mencari bila dan bagaimana.

Adakah di ulangtahun ke dua puluh enam dengan hashtag WYBMP?

Atau,

Ada sesuatu pada yang bertarikh enam belas Februari tahun lepas?

Dan eh,

Takkanlah Lots of Love di lapan hari berikutnya terkesan di hati wahai Mr. D?

*Wink*




P/S: Sekali lagi tidak terluah apa-apa nota kaki

Monday, July 13, 2015

Tiada Tajuk

.
.
.
Dalam hati yang masih tersisa
Rawan.

Dalam madah yang terkelu
Beku

sampai bila?






p/s kali ini kosong tak terluah

Tuesday, July 7, 2015

Untuk Kalian (you know who you are)

.
.
.
.
Hitam Putih perjalanan ini,
Ada mereka.
Dihiasi limpahan merah, hijau, biru dan kuning.

Kuatku
baikku
tenangku
jahatnya aku-

Mereka tahu.

Namun tetap terus bersama,
duduk dan bangun,
bangkit dan jatuh.

Terima kasih untuk persahabatan ini.

Lillahi taa'la.




P/S: tak tahu di mana mula, kawan-kawan ini jadi teman dan kini sahabat selamanya

Sunday, July 5, 2015

Penat

.
.
.
Penat aku berlari
Sejauhnya dari kamu
Taknak ku tahu lagi
Apa khabar mu,
Di mana kamu,
Segalanya tentang kamu.

Tak ku sangka
Sejauh mana jaraknya
Kamu dan aku
Tetap ada yang mendekatkan;

Baru ku tahu rupanya
Dunia ini tidak sebesar mana;
Sejauhnya ku berlari
kau tetap hadir menghampiri.


08062015

P/S: i will let you know, soon.

Rasa Sayang Hey

.
.
.
.
.
Kenal Uda dan Dara?

Kisahnya tidak secantik Gadis & Jaka
Tidak seindah Rama & Sita
Juga bukan seperti Cinta & Rangga

Uda tidak punya harta berjuta,
Dara tidak jelita rupa parasnya.
Mahalnya Uda dan Dara,
Bukan pada rupa dan harta.

Mahalnya Uda dan Dara,
Pada nilai sahabat melebihi segala.
Menolak ke tepi sisi segala benci dan rasa,
Biar berlalu dimakan masa.


06072015
19 Ramadhan 1436h



Tuesday, June 30, 2015

Barista Itu

.
.
.
Di petang itu,
Kita pilih untuk ke kafe.
Katanya ingin cuba makanan barat ala melayu

Saat pertama kali melangkah,
Ku pilih untuk duduk di hujung dinding,
Mata terus terpandang dia
yang cekap sediakan cangkiran kopi;

Ah, tak boleh jadi ni,
Dia terlalu menarik.
Kalau dipandang dua kali, boleh jadi zina mata
Apatah lagi berkali-kali.
Tak apa, detik ku,
Sekali tapi lama baru berbaloi.

Rambutnya, gerak jalannya,
matanya..
buatkan hati ini sungguh tertarik.

Lalu, aku tinggalkan nota,
"Tolong buangkan twisties, TQ"
Dengan harapan,
Dalam ribuan pengunjung yang datang,
Gadis ini menjadi memori pengalaman dia dan kafenya.





P/S: Kalau ditanya, pada apa aku jatuh cinta;
       akan aku jawab sepantasnya.
       Rambut juga gaya jalannya.


Tuesday, June 9, 2015

Bertahanlah Wira

.
.
.
.
. Saat hujung tayar cecah ke akhir garisan,
Aku tahu - Kau Wira Negara.
Sedayanya kau harumkan kita di bumi Indonesia
Sebaginya kau seluruh keringat dan usaha,
pada satunya impian dan jiwa selama ini kau usahakan.

Tika itu,
Semua bersorah tanda bangga
Kau- apatah lagi, tidak terperi gembiranya
" Ini baru permulaan, alhamdulillah sejauh ini aku berlari", kata hati kau.

Satu...
Dua...
Tiga...

Dunia gelap!
Dan dalam sekelipan cuma,
Kau hilang hampir segalanya.

Subhanallah, Maha suci Allah
Mashaallah.

Kalau itu kataNya,
Siapa kita untuk menidakkan.

Doaku,
Moga kau tabah dan kuat
Jangan pernah lemah.
Please---

Allah kan ada.
Juga kita semua, rakyat Malaysia.


*****
Semoga semuanya selamat, Zamri Baba.



P/S: Aku tak ikuti perkembangan kejadian ini, tahu pun baru malam tadi daripada Syira. Katanya ada video dan gambar kejadian. Aku tak kuat untuk tengok. Ini yang aku rasa saat aku mendapat tahu tentang itu.

Titipkan doa kalian buat dia ya,besar dugaan Allah padanya.

Thursday, May 28, 2015

Selamat Pagi

.
.
.
.

Aku rasa kebanyakkan kita akan menggagau cari 'smartphone' setelah celik mata di pagi hari. Bukan apa, bimbang kalau sudah lewat untuk ke tempat kerja mahupun ke kelas pengajian. Eh, ini bukan gila social network bukan juga hantu gadget. Kita yang arahkan ia untuk kejutkan, bermula pukul 5am, kemudian setengah jam berikutnya sehingga ke setiap 5 minit sebelum kita betul-betul bangun. Tetap jugak berlari-lari sebab masih lewat.

Aku gagal faham kenapa? Ini aku sendiri ya, bukan kalian walau aku tau kalian pun sama segelintirnya. Kan? Mengaku sajalah.

Kalau pun sudah lena sedari jam 10 malam, tetap juga 'snooze' sejuta kali apatah lagi menganjak 2 pagi baru rebahkan badan. Sepertinya malam tadi, kali terakhir aku tengok waktu di skrin adalah jam 2.43 pagi. Berjaya jaga seawal jam 5pagi tapi seperti biasa masih juga menunggu sehingga alarm terakhir yang di set, baru berat kaki melangkan ke kamar mandi. Bukan kalian yer, ini aku.

Meredah indah pagi ketika matahari baru mula menampakkan sinar, dari jauh sudah ku tau. Macet bangat! kata orang seberang. Begitulah setiap hari pun. Sabar dalam keterbiasaan. Hari-hari juga sama, tidak sabar-sabar kerana sudah tau, mungkin hari ini akan merah lagi rekod kedatangan kalau kurang bernasib baik. Di radio, penyampainya bergelak tawa cuba menghiburkan pendengar yang semua tenggelam dalam kesesakkan. Laporan trafik kadang-kadang tak cukup membantu, kita sudah dalam sesak baru melaporkan. Apa pun tak guna.

Aku perlu cepatkan langkah, driver ulat-ulat besi tak akan menungguku. Kalau satu terlepas, habislah aku. Itu, aku! bukan kamu ya. Aku tahu kamu tak pakai driver seperti aku.hahaha.

"Door Closing"

tett tett tett tett

Fuhh, sempat melangkah masuk. Berdiri sepanjang 9 stesyen lebih 30 minit itu sudah biasa. Aku pusing dari pukul 1 pandanganku sehingga pukul 12. Dalam hati berkata, mereka ni hamba gadget. Aku seluk tangan kiri ke tas tangan hitam, lalu aku keluarkan HTC hitam, tolak ke kiri ke kanan, atas dan bawah. Oh, notifikasi yang belum diuruskan. Setengahnya hanyadibiarkan tidak dilayan, setengahnya dibalas. Ada juga yang tercari-cari sambil termenung, "kenapa masih belum ada jawapan?". Sekali lagi, itu aku. Bukan kamu.

Aku bukan hamba gadget! Denial terang-terangankah? aku rasa bukan.

Mata masih kantuk, dapat pejam mata sambil berdiri pun bagus juga. Lagi lah bila memikirkan, meja yang penuh dengan fail, surat dan dokumen yang perlukan jawapan dan penelitian. Teringatkan itu saja, kepala sudah pusing. Kerja tak pernah habis!

Tit tit..
Senyum :) Lebar.

Balasan pertanyaan malam tadi sudah dijawab. Aku balas cepat-cepat. Pelik, rasa 9 stesyen hari ini terlalu pantas. Terima kasih si gemok sudah nampak kurus buatkan jumaat terakhir bulan lima tahun ini bermula dengan positif.

Dan untuk kesekian kalinya, itu aku. Bukan kamu.
Aku tidak lewat hari ini.

Terus Menghitung hari ke hujung tahun.

oppppps,

Untuk sepupu  tercinta, selamat bercinta sampai syurga.Seperti sudah dijangka, kau dulu dahului kami berdua untuk ke mahligai cinta.





P/S: Social network itu, pengupdate ijab & kabul buat kami di sini dan di seberang benua. Wa, kita jumpa esok!

P/SS: Cheese cake cukuplah ea?




[Kuala Lumpur]
[Jumaat terakhir bulan lima tahun dua ribu lima belas masihi]


SubhanAllah

.
.
.
.
.
.

Wahai bumi,
Izinkan ku pijak tanahmu,
Rasakan halus kotor debu dan selutmu;

Wahai angin,
Izinkan ku rasai bayumu sentuh pipiku,
Lembut dan mendamaikan;

Wahai Tuhan,Izinkan ku kembara di bumiMu,
Dari hujung benua di timur terus ke barat,
Dari utara sampai selatan;

Hayati indahnya ciptaanMu,
Kagumi kebesaranMu
Pada laut dan gunung,
Lembah dan pantai,

Mensyukuri nikmatMu Tuhan.
Sesungguhnya, Kau yang terAgung

.
.
.
.
.
.

Insha Allah

.
.
.
.
.
Ingin ku katakan pada dunia

Kau milik Aku

Biar semua tahu.

Moga, Allah setuju.




Sunday, May 10, 2015

Si Bunga Yang Ini


Bunga ini seperti mawar,
Cantik dan wangi menyenangkan semua;

Bunga ini seperti matahari,
Kuat dan tabah harungi hari-hari kini;

Bunga ini seperti anggerik,
Istimewa dan terjaga peribadi;

Bunga ini seperti nailofar,
Merendah ke bumi, di air tetap segar.

Apatah hatinya,
Seindah warna-warna sang tulip di Keukenhof


9 May, 2015
Seksyen 7, Shah Alam



P/S:: Tahniah buat Si Bunga Yang Ini, Sarjana mu sudah selesai.
        Aku bangga sekali.