"Jangan menyesal yang lalu, Jangan menyimpan yang sudah"

-Wany Ardy-


"Menulis: adalah menghiris halus hati lalu memerah limau membisa ngilu dan bercerita tentangnya satu persatu; bukan sekadar demi kerana semata"

- Fynn Jamal -


"Kalau membaca itu terapi maka, menulis itu jalan keluarnya"

-Chempaka N. A. -

Thursday, May 28, 2015

Selamat Pagi

.
.
.
.

Aku rasa kebanyakkan kita akan menggagau cari 'smartphone' setelah celik mata di pagi hari. Bukan apa, bimbang kalau sudah lewat untuk ke tempat kerja mahupun ke kelas pengajian. Eh, ini bukan gila social network bukan juga hantu gadget. Kita yang arahkan ia untuk kejutkan, bermula pukul 5am, kemudian setengah jam berikutnya sehingga ke setiap 5 minit sebelum kita betul-betul bangun. Tetap jugak berlari-lari sebab masih lewat.

Aku gagal faham kenapa? Ini aku sendiri ya, bukan kalian walau aku tau kalian pun sama segelintirnya. Kan? Mengaku sajalah.

Kalau pun sudah lena sedari jam 10 malam, tetap juga 'snooze' sejuta kali apatah lagi menganjak 2 pagi baru rebahkan badan. Sepertinya malam tadi, kali terakhir aku tengok waktu di skrin adalah jam 2.43 pagi. Berjaya jaga seawal jam 5pagi tapi seperti biasa masih juga menunggu sehingga alarm terakhir yang di set, baru berat kaki melangkan ke kamar mandi. Bukan kalian yer, ini aku.

Meredah indah pagi ketika matahari baru mula menampakkan sinar, dari jauh sudah ku tau. Macet bangat! kata orang seberang. Begitulah setiap hari pun. Sabar dalam keterbiasaan. Hari-hari juga sama, tidak sabar-sabar kerana sudah tau, mungkin hari ini akan merah lagi rekod kedatangan kalau kurang bernasib baik. Di radio, penyampainya bergelak tawa cuba menghiburkan pendengar yang semua tenggelam dalam kesesakkan. Laporan trafik kadang-kadang tak cukup membantu, kita sudah dalam sesak baru melaporkan. Apa pun tak guna.

Aku perlu cepatkan langkah, driver ulat-ulat besi tak akan menungguku. Kalau satu terlepas, habislah aku. Itu, aku! bukan kamu ya. Aku tahu kamu tak pakai driver seperti aku.hahaha.

"Door Closing"

tett tett tett tett

Fuhh, sempat melangkah masuk. Berdiri sepanjang 9 stesyen lebih 30 minit itu sudah biasa. Aku pusing dari pukul 1 pandanganku sehingga pukul 12. Dalam hati berkata, mereka ni hamba gadget. Aku seluk tangan kiri ke tas tangan hitam, lalu aku keluarkan HTC hitam, tolak ke kiri ke kanan, atas dan bawah. Oh, notifikasi yang belum diuruskan. Setengahnya hanyadibiarkan tidak dilayan, setengahnya dibalas. Ada juga yang tercari-cari sambil termenung, "kenapa masih belum ada jawapan?". Sekali lagi, itu aku. Bukan kamu.

Aku bukan hamba gadget! Denial terang-terangankah? aku rasa bukan.

Mata masih kantuk, dapat pejam mata sambil berdiri pun bagus juga. Lagi lah bila memikirkan, meja yang penuh dengan fail, surat dan dokumen yang perlukan jawapan dan penelitian. Teringatkan itu saja, kepala sudah pusing. Kerja tak pernah habis!

Tit tit..
Senyum :) Lebar.

Balasan pertanyaan malam tadi sudah dijawab. Aku balas cepat-cepat. Pelik, rasa 9 stesyen hari ini terlalu pantas. Terima kasih si gemok sudah nampak kurus buatkan jumaat terakhir bulan lima tahun ini bermula dengan positif.

Dan untuk kesekian kalinya, itu aku. Bukan kamu.
Aku tidak lewat hari ini.

Terus Menghitung hari ke hujung tahun.

oppppps,

Untuk sepupu  tercinta, selamat bercinta sampai syurga.Seperti sudah dijangka, kau dulu dahului kami berdua untuk ke mahligai cinta.





P/S: Social network itu, pengupdate ijab & kabul buat kami di sini dan di seberang benua. Wa, kita jumpa esok!

P/SS: Cheese cake cukuplah ea?




[Kuala Lumpur]
[Jumaat terakhir bulan lima tahun dua ribu lima belas masihi]


No comments:

Post a Comment